Tolong beritahu si dia,
ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,
Cinta Agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah..
kerana disitu ada Syurga,
Tolong katakan pada si dia..
Dahulukan ibu bapanya,
karena ditelapak itu ada syurganya..
tolong ingatkan si dia,
aku terpikat kerana imannya bukan rupanya..
tolong ingatkan si dia,
aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya..
tolong ingatkan si dia,
aku kasihinya kerna takwanya..
tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia,
bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya..
tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..
tolong sedarkan si dia,
aku milik yang maha esa..
tolong sedarkan si dia,
aku masih milik keluarga..
tolong sedarkan si dia,
bila jarak menjadi penyebab bertambah rindu..
tolong pesan kepada si dia,
aku tidak mahu menjadi fitnah terbesar kepadanya..
tolong pesan kepada si dia,
aku tidak mahu menjadi puncak kegagalannya..
tolong pesan kepada si dia,
aku menbiarkan yang maha esa menjaganya..
tolong khabarkan kepada si dia,
aku tidak mahu meletakkan nya serba salah dalam mencintai..
tolong khabarkan kepada si dia,
aku mahu dia berjaya dalam mencapai impian dan cita-citanya..
tolong khabarkan kepada si dia,
jadilah penyokong dalam kerjayaanku..
tolong sampaikan kepada si dia,
aku mendambarkan cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan kepada si dia,
cinta kepada ALLAH tidak ternilai harganya..
tolong sampaikan kepada si dia,
hubungan ini akan terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang maha kuasa..
peace :P
0 comment budak2 comel :):
Catat Ulasan