Khamis, 14 Ogos 2014

sewa baju tunang

bismilah..
lepas majlis tunang ada kawan suggest suruh sewakan baju tunang..baru ini dapat update pasal hajat ini..kepada sesiapa yang mahu sewa baju tunang hana ini bolehlah email: hana92mdnoor@gmail.com atau puterihati_92@yahoo.com
baju tunang ini homemade sekali pakai sahaja..masa majlis tunang hari tu..keadaan baju semua dalam keadaan baik.. maklumat baju : 
sewaan hanya baju perempuan sahaja.
saiz baju S atau 36
warna maroon
harga boleh nego







p/s: gambar ditangkap sebagai kenangan..setiap gambar ada cerita dan kenangan yang terindah..


Selasa, 12 Ogos 2014

majlis pertunangan

Bismillah dahulu hana mulai..
majlis hana berlangsung pada syawal ke4 hari khamis tahun 2014..tanggal 31 julai 2014 merupakan tarikh keramat bagiku..so far alhamdulilah semuanya berjalan dengan jayanya dalam keadaan yang sederhana..kerana kasih ke pada yang sudi hadir dan membantu..thanks a lot..tidak dapat hana balas.. :)

 

inilah antara koleksi gambar majlis pertunangan hana dengan persalinan yang simple handmade by my mother itself..thanks mom buatkan baju ini untuk hana..hehe inilah untungnya apabila mak tukang jahit..if ada sesiapa mahu sewa baju bolehlah email : hana92mdnoor@gmail.com atau puterihati_92@yahoo.com..hana bagi harga kasih sayang nanti :) untuk solekan hana ini kawan tolang tacapkan..itu pon hana dh xselesa..almaklumlah xpernah solek2 muka ini..last2 semua cakap muka lain sangat lar..padahal gincu jew yg merah menyala, yang laen just pakai foundation n solek mata cikit..itulah hasilnya..

 ini
inilah en tunang kesayang dan bakal mak mertua hana..en tunang ini pemalu cikit nak ambil gambar ramai orang ini..itu yang tak banyak gambar dengan en tunang ini..tapew lar time kahwin ini baru ambil gambar ok untuk koleksi kita berdua..ceh!!lagipon gambar2 yang diambil semua dari telefon..because untuk tunangan ini kita orang tidaklah membazir..lepas majlis semua..masing2 duduk wassap semua gambar kumpulkan.. untuk maklumat kalau sesiapa juga mahu khimat fotographic boleh email hana seperti atas atau https://www.facebook.com/rzphotography.rzphotography?fref=ts..you all boleh pm terus di rzphotography..

 ini gambar family hana tapi seorang adik hana lost plak..ish3..hah!cerita pasal pelamin mini ini homemade juga..di situ nampak save bajetnya..malam majlis baru buat..hana tidak guna bilik time tunang itu yang buat pelamin mini ini..semua guna barang yang ada di rumah..thanks makcik2 hana dan cousin yang membuatnya..tenaga anda semua sangat dihargai..untung dapat big family ini kan semua kerah tenanga sadare mara,.. :)

ini family bakal keluarga hana nanti..meraka semua tema hijua..sehati sejiwa semuakan?keluarga belah lelaki ini semua lelaki..jadinya mereka terima menantu perempuan jew..so sekarang tinggal adik yang bongsu jew masih available..yang lain sudah berpunya..jangan kacau ok..especially en tunangan hana tu..


ini antara koleksi gubahan hantaran yang hana bagi kepada lelaki..gubahan ini juga homemade..hana tak hantar kedai pon untuk mengubahan hantaran ini semua..just bekas hantaran saja hana pinjam cousin punya..
1.sirih junjung
2.kek 
3. buah-buahan
4. gula2 coklat
5.kemeja
6.baju melayu + samping
7.songkok + kain pelikat
8. sejadah
9. tuala
10. dashing men style
11. al-quran

ini pihak lelaki kepada perempuan..untuk ini hana tidak pasti homemade or tidak..lelaki 9 jenis barang di hantar. antarannya seperti di atas..kita orang buat simple sebab nanti time nikah kena bagi lagi..barang yang di hantar pon tak lar berat sangat..dan yang penting jimat bajet.
1.sirih junjung
2. duit hantaran rm 150 + 2 bentuk cincin
3.baju kurung + shawl
4. sejadah + tia amelia
5. al-quran +sejadah
6. tuala
7.buah-buahan
8. coklat
9. kek

Dikesempatan ini hana mengucapkan bebanyak terima kasih kepada en tunang yang telah memilih hana menjadi sebahagian dari hidupnya..


p/s: semoga ikatan yang dibina akan menjadi pembakar semangat dan motivasi dalam diri masing-masing..orang kata dalam pertunangan banyak cabaran dan dugaan,,semoga kami dalam harunginya dengan penuh kesabaran sehingga majlis akad nikah nanti..amiin.