Sabtu, 24 September 2011

sayang kamu

Assalammulaikum semua..
hari ini happy sangat..al-maklumlah..sudah habis beraya masih lagi pergi beraya..hax3..cikgu siti murni masak sedap lar..thankz ea cikgu..tahun depan insyaAllah kita owg datang lagi..boeh lar makan masakan cikgu ag..he3..tambah2 lagi nan dak2 pu2 yang semuanya happening2..tu yang gempak gila..u all memag best ar..pastu siap merayap lagi g pontian lepak2 at seaside..ayu2 sume dak2 ponpuan pakai baju kurung..comey sangat..lain kali kita boleh lar keluar ag ea sama2..









kepada:
farid,andy,izat n supian..
sempena hari raye yg ke-27 q,ecah,tira,dayah n huda..mnx maap sangat2 pasal tadi..niat kita owg nak gurau-gurau jew..tak sangka plak kowg serius sgt..cowei ea..tp satu yg q respect at kowg sume..kowg sume mmg lki2 yg bertanggungjawab..lebih2 lagi farid ar..klu kw nk tawu farid,ecah ckp kw lki2 yg bertanggungjawab..dy sendri tkot tgok kw serius sgt td..smpai nk nangis betol dy..hah!!love u all ar..


klu kw nk tawu kunci kereta tu mmg xde masa kita owg cari at handbag tu..xtawu plak ecah letak at kocek beg..tu yg jmpe..kiteowg dh panic masa cari kunci tu xjumpe..nth cmne nth datang plan nk kena an kowg..ckp kereta hilang..hahaha..


jangan marah k..niat nk gurau jew..jgn serik ea nk kua nan kite owg ag..!!

p/s: pas ini q xgurau lebih2 smpai cm tu ag k..
sbb kita owg dh twu kowg mmg beak sgt2..wek!!

Jumaat, 23 September 2011

tentang

Tentang Teman Hati:
BF : Syg , moto i rosak kt tepi jalan ni.
GF : Yeke? Then how ? U jage diri elok2 k, ade pape kol tau.
...

Tentang Sahabat:BF : Bro, moto aku wat hal plak dah.
BFF : Asal bro? Ko katne? Aku gi sane skang.


Thats it. So, sebaik manapun buah hati korang,jangan la korang sisihkan sahabat

 korang . . . renung2kan . . . ♥

p/s:SBB 2 aq xbrapa nk kesah ilang bf dri ilang bff ♥♥♥hax3..



sayanglah dua-dua..
yang penting dapat menghargainya..
kerna dua-dua penting..

Khamis, 22 September 2011

ADAM..!!


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...

Isnin, 12 September 2011

u should learn something


Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN..
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA..
Belajarlah TAAT walau BERAT..
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN..
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI..
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA..
belajarlah MENGASIHI walau DISAKITI..
Belajarlah TENANG  walau GELISAH..
Belajarlah PERCAYA walau SUSAH....

percayalah ALLAH masih mahu menolongmu & berterima kasihlah kepada orang yang telah..
1. melukai hatimu kerna menjadikan hatimu kuat..
2. membohongimu kerna menjadikanmu bijak..
3. menbencimu kerna menjadikanmu tegar..
4. menyayangimu kerna anugerah terindah dalam hidupmu..

p/s:kita tak boleh menyimpan 2 bunga dalam satu taman..
kerna kelebihan dan kekurangannya berbeza..& tidak mungkin akan bersama..
so,lepaskanlah satu kuntum bunga itu..dengan cara kita mempertemukan ia..
agar tidak menyakitkan ia.

Ahad, 11 September 2011

gurau-gurau rye


cerita kawan2ku..
hah!!nga demam2 pon hana bley ag pergi beraya balik tuision..hax3..
hebatkan.!!ish3..anak siapalah ny..??hax3..
sekali2kan..apalah salahnye..xkn lar nk mgadap buku jew kot 24jam..
he3..nk dpendekkan cerita..pas syok2 beraya..hana ajak plak kawan2 hana ny g rumah hana plak..
sampai2 jew..mak dh siap masak..so,ajaklah mmbw tu makan..
pastu boley plak kwn2 hana ny gosip an hana nan ketua klz hana..peh!!sabo jew lar..
klu ckit2 tu ok lar ag..ny siap mak hana join sekali..xbey bla sey..seb bek lar xde awek ketua kita tu,klu x..perang dunia kowg..hax3..hana xmsok cmpor k..hu3..ops!!terlepas plak..sowei!!
tapi kiteowg mmg xde papew..just kwn2 jew..kite contact pon ble ade hal2 pntg jew..al-maklumlah penolong ketua lar kata an..hax3..tu yg asyk kne gosip jew..!!papew lar kowg..janji happy..pu2 mmg best lar..tq bebyk sudi dtg..selamat ary rye sume..maaf zahir n batin..

adakah kau ntk aku??


bacalah buat pengetahuan!!!


Sahabat  :  “engkau pernah couple tak,,?”
Abid     :   “pernah,tapi dah clash,  kenapa?”
Sahabat     :   “kenapa engkau clash,,?? Tak menyesal ke,,?? Engkau tak sayang  ke kat dia,,??”
Abid  :   “sebab aku sayang lah aku tinggalkan dia,,?”

Sahabat terpinga-pinga dengan jawapan tersebut…(=?=) 

Sahabat   :   “aku tak fahamlah,,”

Sang abid tersenyum,,,,

Abid   :  “hehehe,,,macam ni,,,tapi engkau kena open ar biler dengar cerita aku ni khay,,??”
Sahabat    :   “okey okey,,”
Abid  : “engkau pernah dengar perkataan jodoh itu di tangan tuhan tak,,??
Sahabat  :  “pernah,,,nape,,??”
Abid :  “perkataan itu bukan hanya satu sebutan tau,,tetapi sesuatu kalimah yang patut  kita  renungi samada kita ni seorang pelajar ke, berpangkat besar ke, naqib ke, pendakwah ke  semua kena berfikir apabila mendengar ayat ini,,,tujuan utama yang aku nak bagitahu engkau ialah apabila kita mendengar perkataan “JODOH ITU DI TANGANTUHAN”,,,engkau tahu apa maksudnya,,??”   
Sahabat  :“ermm,,,,tak taw,,”
Abid :  “haaa,,,itu bermaksud jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah  swt,,,seorang wanita yang 
akan kita kahwini nanti telah pun ditetapkan oleh DIA,,,Cuma kita  tidak tahu bilakah masa untuk kita berjumpa dengannya dan bilakah  masa   untuk kita dating dengannya,,,semua ini tidak akan menjadi persoalan  sekiranya kita yakin dengan kehendak Allah swt mengenai jodoh    kita,,,faham??”
Sahabat  :  “ermmm,,,,”
Abid   :   “haa,,,satu lagi,,cuba bayangkan jika seseorang amat merindui dan   mencintai  kita,,,dia sanggup menunggu ribuan tahun semata-mata   ingin hidup bersama kita,,,tiba-tiba kita memilih untuk bersama dengan  orang lain yang bukan ditetapkan untuk kita,,,??” apa perasaan orang  yang menunggu kita tu,,,??”
Sahabat    : “cornfirmlah dengki,,”
Abid  : “ya, CEMBURU,,,itulah sebabnya kita kena yakin pada Allah swt  mengenai penetapan jodoh kepada kita,,,em engka pernah dengar tak   mengenai ramai artis2 ke sape2 yang baru je nikah,,,dah bercerai berai,,,pernah dengar..”
Sahabat   :  “perghhh,,,dah banyak kali dah,,,kenapa,,?”
Abid   :  “haa,,cuba engkau fikir perkara tersebut dengan semua benda yanaku cakap     tadi,,,”
Sahabat   :   “ermm,,,,betul jugak,,,,kalu kita kahwin or couple dengan orang yang ukan ditetapkan untuk kita maknanya akan berakhir dengan,,,,”
Abid   : “yesss,,,,camtulah,,,aku tiada hak untuk menghalang kau dari couple kea pa ke coz aku tak ada hak untuk semua tu,,,just aku berpesan  dengan ilmu yang aku ada,,,tu je,,,”


Sedikit perbualan seorang abid dengan sahabatnya,,,renung-renungkan,,,,=)
Apa yang penting,,,lapangkan dada bila membaca,,,,,,

+&*kAmI nAK cOUpLE lEpAs NiKAh….MUKTAMAD!!!*&+


p/s:nk coulpe ag ark??hex3

Sabtu, 10 September 2011

mencari yang hilang

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Disaat kamu mulai tidak mencintainya…ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Disaat kamu mulai bosan dengannya…ingatlah selalu saat terindah bersamanya..
Disaat kamu ingin menduakannya…bayangkan jika dia selalu setia..
DiSaat kamu ingin membohonginya…ingatlah disaat dia jujur padamu...

Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam boleh terlepas juga...



Tiada yang tak boleh di ikhlaskan….
Tiada sakit hati yang tak boleh dimaafkan .
Tiada dendam yang tak boleh terhapus…

Khamis, 8 September 2011

suke atau cinta

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kitasuka, hati kita akan gembira. Di depan orang yang kitacinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita sukamenangis, kita akan membuat dia gembira. Perasaan cintabermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga .


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan 
mengalami ini dalam hidup mereka..

Rabu, 7 September 2011

mana pilihan hati


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Selasa, 6 September 2011

nadia nusa


assalammualaikum semua..
ny hana nk kenalkan mmbw hana yang cute gitu..nama dy nadia musa..u all ley panggil dy nadia..hah!!cute an dy..hex3..oh ye,sebenarnya hana tulis mengenai dy ny sebab nk ngorat abg dy..hex3..gurau2 jew..jangan mara..k lar hana teros jew lar..nak di pendekkan cerita..aduuii..susah betollah nk cerita..hurmmm..

kepada nadia.::
q just nk bg twu q nan dy xde papew pon..cuma mmbw2 base jew..jangan lar nak gosipkan q nan dy lebih2 sangat..macam kw tak kenal nan dy kot..kw knl dy an..?? n papew hal dalam facebook(fb) kw jangan cerita at sapew2 au..rahsia!!janji au..plzzzz yunk..he3..kw baik an..i believe u..papew hal anty kita slow talk k..n thanks nadia..kerjasama anda amat hana harapkan..he2..

Isnin, 5 September 2011

raya!!

assalammualaikum semua..
kepada bloger2..rasanya belum terlambat untuk hana ucapankan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada bloger2 dan pembaca semua..he2..al-maklumlah tidak bersempatanlah katakan..sibuk dengan tetamu n persiapan untuk menghadapi trial yang sudah hampir..kenalah baca buku!!!buzy2..u all doakan lar kejayaan hana k dalam stpm ny..tq !!!

berita terbaru.

kepada semua bloger2 semua..
sila carik hana kembali d blog hana yang baru k..
jasa baik anda amat hana hargai..
terima kasih..!!
http://justtoreadyunk.blogspot.com/
i wait u all..

Ahad, 4 September 2011

Hebatkah??


kehebatan peremuan bukan terletak pada otot pejalnya..tetapi kehebatannya terletak pada 
kekuatan perasaannya..
perempuan yang hebat adalah:

1. Mereka yang tahan menerima sebuah kehilang..
2. Mereka yang tabah menanggung kerinduan setelah kehilangan..
3. Mereka yang tidak meminta-minta untuk d penuhi segala keinginannya..
4. Mereka ynag tidak takot kepada kemiskinan..
5. Mereka yang bangkit kembali setelah gagal..

p/s:
hebat ke kita??

Sabtu, 3 September 2011

dulu lain sekarang lain


manusia cepat betul berubah eak..susah betul nak diramalkan..dulu cakap lain,sekarang lain pula..hah!!

Sebelum couple..!!
Selalu jew msg, call n tanya khabar..
tapi selepas couple mahu dapat satu msg pon payah..hurmm!!

bila ditanya...!!
ada gurl lain ke??dy jawab mana ada..
owg busy lar..

persoalan..!!
orang lain pon kjew juga,study juga..ada jew masa..
tp bila kita msg dengan lelaki lain..dy ckp kite curang..hurmm!!

kenapa eak..??
sebab apa dy berubah..kerna sikap kita ke..kerna dy ada gurl lain ke..
hah!!kenapa macam ny..hurmm

p/s..serius couple mmg susah..sebab tu hana single jew skunk..
lom sampai seru lar katakan..he2..

Khamis, 1 September 2011

bila kita sayang

Bila kita sayang orang tu , Kita tunggu dia lama pun takpa. Tapi bila dia tunggu kita? dia marah2, Hati kata, ala adatlah ada yang menunggu dan ditunggu. 
Bila kita sayang orang tu, Kita tak tido pon takpa layan dia yang tengah bosan. Tapi bila kita bosan ada dia layan kita? Hati kata takpa, mungkin dia busy kot. 
Bila kita sayang orang tu, Kita gadoh dengan die, kita diam je . Tapi dia heboh 1 dunia, Hati kata takpa, mungkin dia tension tu. 
Bila kita sayang orang tu, Kita call nak cakap dengan dia. Tapi dia bagi fon kat orang lain atau matikan, Bila jadi mcm tu, Hati kata takpa, layan je. Kawan dia kawan kita jugak. 
Bila kita sayang orang tu, Kita bercerita dengan dia ( CERITA DENGAN TUNGGUL LAGI BAIK ). Tapi bila dia bercerita dengan kita, Kita dengan, sepatah2 kita kena ingat, Kalau tak ingat kita yang kene marah. hati kata takpa, sayang katakan.
 Bila kita sayang orang tu, Kita dan dia lapar. Tapi kita bagi semua roti kita kat dia, Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia. 
Bila kita sayang orang tu ,, Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit. Tapi bila kita sakit, Dia siap kuar ngan kawan2 dia meraikan kesakitan kita. Hati kata, ala takpa. Takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam. 
Bila kita sayang orang tu, Kita sayang nak tinggalkan dia selama-lamanya. Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut, Walaupun kita sakit, dia kata kat kita. Ala sakit2 biasa je, jangan nak mengarut. Hati kata, macam ni lah bila kita takda, dia sungguh happy.
 Bila kita sayang orang tu, Kita tak sanggup tengok dia derita. Tapi dia tak pernah hargai diri kita, Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia? 
Bila kita sayang orang tu, Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya untuk dia bahagia. Tapi, adakah dia tahu pengorbanan kita? Hati kata takpa, janji dia bahagia. DAN .........
 Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya, Dia datang ziarah pusara kita:-

Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita, Dia minta maaf sebab pernah buat kita tunggu, Dia minta maaf sebab pernah paksa kita layan dia time dia bosan, Dia minta maaf sebab pernah hebob 1 dunia tentang kesalahan kita, Dia minta maaf sebab pernah tak hiraukan call kita, Dia minta maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita, Dia minta maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia, Dia minta maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita, Dia minta maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri, Dia minta maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita, Dia minta maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita. ,
Bila kita sayang orang tu, kita buat semuanya kan? Tapi dia tak pernah faham kan? DAN ...... Bila kita tinggalkan dia, Dia datang pada kita dan kata SORRY ....... SORRY? Selepas lukakan hati kita !! Bila kita sayang orang tu, Kita kata takpalah, AKU dah tinggalkan dunia. Moga dia bahagia tanpa kita. Dan, hati kita kata. Takpalah, apapun yang dia buat. Kita tetap sayangkan dia..